Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Embiid digantung tiga perlawanan

    NEW YORK, 6 NOV – Pemain tengah Philadelphia 76ers, Joel Embiid digantung selama tiga perlawanan tanpa bayaran denda kerana menolak seorang wartawan, umum NBA kelmarin.

    Insiden itu berlaku antara pemain kelahiran Cameroon itu dan seorang penulis ruang dari Philadelphia Inquirer yang baru-baru ini menulis ulasan yang mengkritik pemain itu, yang merujuk kepada anak dan mendiang abang Embiid.

    “Saling hormat-menghormati adalah penting dalam hubungan antara pemain dan media dalam NBA,” kata Naib Presiden Eksekutif Liga dan Ketua Operasi Bola Keranjang, Joe Dumars dalam satu kenyataan.

    “Walaupun kami memahami bahawa Joel tersinggung dengan kandungan peribadi dalam versi asal tulis wartawan itu, interaksi perlu kekal profesional di kedua-dua belah pihak dan tidak boleh berlaku fizikal,” kata liga tersebut.

    Liga itu berkata penggantungan Embiid akan bermula dengan perlawanan musim biasa seterusnya ‘yang mana dia layak dan boleh bermain’.

    Embiid, Pemain Paling Berharga NBA 2023 yang turut bermain dalam skuad Olimpik pemenang pingat emas Amerika Syarikat tahun ini, terlepas kesemua enam perlawanan Philadelphia setakat musim ini kerana menjalani pemulihan lutut kiri selepas menjalani pembedahan.

    Semasa ketiadaannya, 76ers memulakan musim ini dengan rekod 1-5, termasuk kekalahan 118-116 yang menyakitkan kepada Suns baru-baru ini. – AFP

    Joel Embiid melihat ke atas gelanggang selepas perlawanan bola keranjang NBA di Philadelphia pada 2 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda