NEW YORK, 1 OKT – Pemain bintang Philadelphia, Joel Embiid membuat tuduhan terhadap Ben Simmons ‘tidak hormat’ rakan sepasukannya ketika percubaannya untuk memaksa keluar daripada kelab tersebut kelmarin.
Menurut pemberita, Embiid tidak berpuas hati atas alasan Simmons untuk meninggalkan kelab tersebut kerana dia merasa pasukan tersebut dilatih untuk menyesuaikan dengan kemahiran Embiid.
“Situasi ini sangat menghampakan, seolah-olah tidak menghormati rakan sepasukan yang telah berjuang dengan bersungguh-sungguh,” kata Embiid.
“Ini membuatkan saya terkejut,” katanya. “Kami menyingkirkan Jimmy (Butler) untuk memastikan dia dapat memegang bola di tangannya, dan itu merupakan keputusan mereka. Seperti yang saya katakan, ia sangat mengejutkan.”
Pemain bintang Australia, Simmons memberitahu Sixers dia ingin meninggalkan kelab tersebut dan enggan hadir untuk latihan pra musim.

Masa depan Simmons di Philadelphia menjadi subjek spekulasi semenjak pasukan tersebut tewas dalam perlawanan penentuan 7 kepada Atlanta dalam perlawanan musim lepas.
Hal ini membuatkan jurulatih Sixers, Doc Rivers mempersoalkan sama ada Simmons boleh menjadi penyebab mata kemenangan dalam kejuaraan.
Pada awal bulan September, Embiid juga menafikan kenyataan yang menyatakan dia berharap bekas pemain nombor satu dapat dipujuk untuk tidak meninggalkan kelab tersebut.
“Saya suka bermain dengan Ben,” kata Embiid. “Statistik tidak pernah berbohong.
“Dia ialah pemain yang hebat dan kami semua tidak melakukan tugas kami dengan baik.. saya harap semua orang dapat kembali sebab kami tahu kami mampu untuk menang.” – AFP