Friday, February 7, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Embiid wakili AS di Olimpik Perancis

    LOS ANGELES, 6 OKT – Pemain Paling Berharga NBA, Joel Embiid kelmarin berkata dia berjanji akan beraksi untuk Amerika Syarikat (AS) pada Olimpik Perancis tahun depan.

    Embiid juga boleh bermain untuk Cameroon dan Perancis tetapi dia memilih untuk menyertai pasukan yang dijangkakan dipenuhi dengan pemain bintang di Olimpik nanti.

    ESPN melaporkan bahawa pemain kelahiran Younde, Embiid mengesahkan keputusannya awal pagi kelmarin kepada pengarah eksekutif pasukan AS, Grant Hill.

    Embiid, 29, menyertai barisan pemain bintang NBA yang memberi bayangan hasrat mereka untuk bermain di kejohanan Olimpik ketika mereka menyasarkan untuk bangkit daripada kegagalan memungut pingat di Piala Dunia FIBA, Ogos lalu.

    LeBron James, Kevin Durrant dan Steph Curry kesemuanya berkata pada minggu ini bahawa mereka menyasarkan untuk menjadi sebahagian daripada skuad AS yang akan memburu pingat emas Olimpik kelima berturut-turut di Perancis.

    Bercakap kepada wartawan semasa sesi latihan bersama pasukan Sixers kelmarin, Embiid berkata dia memilih untuk bermain bersama negara angkatnya kerana pertimbangan ‘keluarga’ dan keinginan yang luar biasa untuk bermain di Olimpik.- AFP

    Joel Embiid berkata dia akan beraksi untuk skuad Amerika Syarikat pada kejohanan Olimpik Perancis tahun depan.- AP

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda