Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Embracer kurangkan kos

    STOCKHOLM, 13 JUN – Kumpulan permainan Sweden, Embracer, yang memiliki francais Borderlands dan lesen Tomb Raider, mengumumkan hari ini mengenai program penstrukturan semula yang luas termasuk penutupan studio dan pembatalan projek permainan.

    “Sepanjang tahun lalu, Embracer melabur secara signifikan dalam pengambilalihan dan strategi pertumbuhan organik yang dipercepatkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Embracer, Lars Wingefors dalam satu kenyataan.

    “Program yang dikemukakan hari ini akan mengubah kami daripada mod pelaburan berat semasa kepada perniagaan yang menghasilkan aliran tunai tinggi tahun ini,” tambahnya.

    Embracer telah giat melakukan pengambilalihan selama beberapa tahun dan baru-baru ini mengumumkan pembangunan permainan Lord of the Rings dengan Amazon.

    Bagaimanapun, sahamnya jatuh lebih 44 peratus pada akhir Mei selepas pengumuman bahawa perkongsian strategik utama, bernilai AS$2 bilion, telah gagal, dan syarikat tersebut menurunkan unjurannya untuk tahun kewangan 2023/2024.

    Menurut Embracer, yang berpangkalan di bandar Karlstad di barat Sweden, perjanjian itu juga akan membolehkan pembayaran tambahan bagi kos yang telah diserapkan untuk pelbagai permainan dengan bajet besar dan akan meningkatkan keuntungan jangka sederhana hingga panjang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda