Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Emery nikmati kemenangan liga pertama

    BIRMINGHAM, UNITED KINGDOM, 7 NOV – Erik Ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

    Unai Emery memulakan tugas sebagai pengendali Villa dengan cemerlang apabila menamatkan deretan sembilan perlawanan tanpa kalah United.

    Leon Bailey dan Lucas Digne membuka jaringan untuk tuan rumah dalam tempoh 11 minit pertama, tetapi United kembali merapatkan jurang selepas rembatan Luke Shaw terkena Jacob Ramsey dan menerjah gawang Villa sebelum rehat.

    Ramsey bagaimanapun menebus kesilapannya dengan kembali meletakkan Villa dua gol di depan pada babak kedua hasil hantaran Ollie Watkins.

    “Awda perlu membaca perlawanan dan mengikut perancangan. Bukannya dibolosi dua gol – ia tidak sepatutnya berlaku.

    Aksi Leon Bailey (kanan) bersaing dengan Diogo Dalot ketika perlawanan antara Aston Villa dan Manchester United di Villa Park, Birmingham, England. – AP

    “Ia sukar diterima apabila dibolosi begitu pantas pada babak kedua menerusi serangan balas. Pemain-pemain kami berpengalaman. Mereka perlu memenangi pertarungan.

    “Ia kelihatan seperti mereka lebih cergas. Ia tidak boleh diterima.

    Pemain-pemain perlu bertanggungjawab dan bersedia,” kata Ten Hag.

    United kekal di tangga kelima, ketinggalan tiga mata di belakang pasukan tangga keempat liga, Tottenham yang tewas kepada Liverpool.

    Sementara itu, Emery berjaya menambat hati peminat Villa selepas merakam kemenangan liga pertama ke atas United di laman sendiri sejak tahun 1995.

    “Penyokong amat hebat dan pemain-pemain mengikut perancangan.

    Ia baru langkah pertama dan masih banyak perlu dilakukan,” kata Emery.

    Kemenangan itu melonjak Villa ke tangga ke-13 dan tiga mata di atas zon penyingkiran. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...