Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emirates Airlines buka laluan ke Phnom Penh

    ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 21 Feb – Emirates Airline, syarikat penerbangan antarabangsa UAE yang berpangkalan di Dubai hari ini menyatakan dalam satu keterangan e-mel, bahawa ia akan memulakan laluan penerbangan ke Phnom Penh, ibu negeri Kemboja bermula 1 Julai.

    Penerbangan tidak langsung dari Dubai melalui Yangon ke Phnom Penh itu akan dikendalikan oleh pesawat Boeing 777-300ER, dalam konfigurasi dua kelas, kata penerbangan yang dikawal kerajaan itu.

    Emirates Airline menyatakan, peningkatan pelancongan di Kemboja mencetuskan keputusannya untuk menambah ibu negeri itu ke dalam rangkaiannya.

    “Terdapat lebih daripada 4.7 juta ketibaan pelancong asing ke Kemboja dalam tahun 2015, dengan satu ramalan untuk meningkat kepada lapan juta menjelang 2020,” menurut penerbangan itu.

    Emirates Airlines akan membuka laluan ke ibu negeri Kemboja, Phnom Penh bermula 1 Julai. – AFP
    Emirates Airlines akan membuka laluan ke ibu negeri Kemboja, Phnom Penh bermula 1 Julai. – AFP

    Syarikat penerbangan itu juga memperkenalkan satu laluan langsung tanpa henti di antara Dubai dan ibu negeri Vietnam, Hanoi pada hari yang sama, tambahnya.

    Sebagai satu tumpuan geografi, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai telah menjadi hab penerbangan awam paling sibuk di dunia, menghubungkan destinasi-destinasi utama di antara timur dan barat, seperti penerbangan dari Dubai ke Beijing, Johannesburg dan London.

    “Emirates perlu mengembangkan di mana peluang-peluang pertumbuhan ada, dan peluang-peluang ini kami lihat di Asia,” kata Pengerusi dan Ketua Eksekutif Emirates, Sheikh Ahmed bin Saeed Al-Maktoum. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda