Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emirates bakal berwajah baru

    DUBAI, 31 Mei – Emirates mengesahkan bahawa produk terbaru kelas pertamanya akan dipamerkan di Pameran Udara Dubai dalam bulan November.

    Membuat penampilan pertamanya di pesawat Boeing 777-300ER, kabin Kelas Pertama terbaru Emirates akan menampilkan enam ruang peribadi susun atur 1-1-1, berbanding lapan ruang peribadi susun atur 1-2-1 yang ada dalam pesawat 777 mereka ketika ini.

    Dalam tambahan kepada rekaan semula produk Kelas Pertama, pesawat Boeing 77-300ER terbaru Emirates juga akan menampilkan ciri-ciri terbaru dalam kabin Kelas Perniagaan dan Ekonominya. Emirates akan mengumumkan destinasi-destinasi di mana perjalanan Boeing 777-300ER nanti.

    Presiden Emirates Airline, Sir Tim Clark berkata, “Produk-produk dan perkhidmatan kami di semua kelas kabin akan sentiasa dipertingkatkan dan diperbaiki. Namun apa yang pelanggan kami akan lihat pada 777 terbaru Emirates bermula November akan menjadi satu rombakan besar yang membuatkan pengalaman di atas kapal di peringkat lain.

    Syarikat penerbangan Emirates akan membuat perubahan terutama pada kabin kelas pertamanya yang akan dipasang pada pesawat Boeing 777-300ER. - AFP
    Syarikat penerbangan Emirates akan membuat perubahan terutama pada kabin kelas pertamanya yang akan dipasang pada pesawat Boeing 777-300ER. – AFP

    Kesemua kabin akan mendapat sentuhan baru. Kami begitu teruja untuk menunjukkan keputusan-keputusan selepas beberapa tahun rancangan dan pembangunan yang telah dilaburkan ke dalam Kelas Pertama kami dan pengalaman menyeluruh Emirates 777.

    Emirates merupakan operator terbesar dunia bagi Boeing 777, menerbangkan 162 pesawat moden ini ke enam benua dari habnya di Dubai.

    Penerbangan itu mempelopori konsep ruang peribadi dalam pesawat-pesawat komersial dalam tahun 2003, menubuhkan satu standard baru bagi perjalanan Kelas Pertama.

    Inovasi-inovasi terbaru Emirates yang telah meningkatkan tahap industri itu dalam terma pengalaman pelanggan dalam kapal termasuk: Spa Pancuran Mandi dan Bilik Peribadi dalam pesawat A380, hiburan hebat di kesemua kelas, perhubungan dalam pesawat melalui ruang duduk, perkhidmatan e-mel dan telefon serta perkhidmatan mudah alih dan wifi. – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda