DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 8 NOV – Syarikat penerbangan jarak jauh, Emirates akan membeli lima buah kapal terbang pengangkut Boeing 777 dalam perjanjian bernilai lebih daripada AS$1.7 bilion, sekali gus menambah kapasiti penerbangan kargonya, menurut pengumuman dalam kenyataan kedua-dua syarikat hari ini.
Emirates sebelum ini mengumumkan pelaburan bernilai AS$1 bilion untuk penerbangan kargo, termasuk pembelian dua pesawat Boeing 777 baharu dan mengubah 10 kapal terbang penumpang Boeing 700-300ER kepada pesawat udara pengangkut. Kedua-dua pesawat udara baharu itu menyertai armada Emirates pada 2022, sementara penukaran dan pengubahsuaian dijadual bermula pada 2023. Emirates telah pun mengendali 11 kapal terbang pengangkut Boeing 777. Syarikat penerbangan itu berkata tempahan ini akan meletakkan jumlah tempahan keseluruhan kepada 200 buah pesawat udara berbadan lebar. – AP
