Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Emirates beli lima pesawat pengangkut Boeing 777

    DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 8 NOV – Syarikat penerbangan jarak jauh, Emirates akan membeli lima buah kapal terbang pengangkut Boeing 777 dalam perjanjian bernilai lebih daripada AS$1.7 bilion, sekali gus menambah kapasiti penerbangan kargonya, menurut pengumuman dalam kenyataan kedua-dua syarikat hari ini.

    Emirates sebelum ini mengumumkan pelaburan bernilai AS$1 bilion untuk penerbangan kargo, termasuk pembelian dua pesawat Boeing 777 baharu dan mengubah 10 kapal terbang penumpang Boeing 700-300ER kepada pesawat udara pengangkut. Kedua-dua pesawat udara baharu itu menyertai armada Emirates pada 2022, sementara penukaran dan pengubahsuaian dijadual bermula pada 2023. Emirates telah pun mengendali 11 kapal terbang pengangkut Boeing 777. Syarikat penerbangan itu berkata tempahan ini akan meletakkan jumlah tempahan keseluruhan kepada 200 buah pesawat udara berbadan lebar. – AP

    Satu penghantaran dipunggah dari pesawat Emirates Airlines Boeing 777 di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 21 Februari 2021. Emirates akan membeli lima pesawat pengangkut Boeing 777 dalam perjanjian bernilai lebih daripada AS$1.7 bilion. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...