Khamis, November 20, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emirates Group Dubai catat untung separuh tahun AS$2.9 bilion

    DUBAI, 6 N0V – Kumpulan Emirates Dubai, yang merangkumi syarikat penerbangan terbesar di Timur Tengah, kelmarin mengumumkan keuntungan separuh tahun berjumlah 10.6 bilion dirham (AS$2.9 bilion), meningkat 13 peratus berbanding tahun lalu.

    Walaupun berlaku ketegangan serantau termasuk perang ringkas Israel-Iran, keuntungan sebelum cukai korporat, yang diperkenalkan pada 2023, mencecah rekod AS$3.3 bilion bagi separuh pertama tahun fiskal 2025-2026 yang bermula pada April.

    Ini menandakan “tahun keempat berturut-turut keuntungan rekod bagi tempoh separuh tahun” untuk syarikat penerbangan jarak jauh terbesar dunia itu, menurut kenyataan Emirates.

    “Permintaan global terhadap pengangkutan udara dan perkhidmatan perjalanan kekal kukuh, meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik dan kebimbangan ekonomi di beberapa pasaran,” kata pengerusi Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum.

    Hasil kumpulan yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Dubai itu berjumlah AS$20.6 bilion, meningkat empat peratus daripada AS$19.3 bilion tahun lalu.

    Sebuah pesawat Emiriah Arab Bersatu berada di landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, di Dubai pada 6 November. – AFP

    “Kami menjangkakan ketahanan permintaan ini berterusan sepanjang 2025-2026 dan berharap dapat meningkatkan kapasiti bagi mengembangkan hasil,” kata Sheikh Ahmed.

    Ketegangan di rantau ini, termasuk konflik di Gaza dan perang 12 hari antara Israel dan Iran, menyebabkan gangguan kepada penerbangan beberapa syarikat penerbangan Teluk tahun ini.

    Penerbangan turut terhenti seketika ketika Iran dan Israel melancarkan serangan berasingan ke atas sasaran di Qatar pada Jun dan September.

    Emirates mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak AS$2.7 bilion, meningkat 13 peratus berbanding tahun lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda