Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emirates tegah anak kapal guna bendera Taiwan pada seragam

    TAIPEI, 31 Mei – Emirates, syarikat penerbangan terbesar di Timur Tengah, menghadapi kritikan sengit di Taiwan semalam selepas ia dilaporkan mengharamkan anak kapal untuk memakai bendera pulau ini pada pakaian seragam mereka berikutan tekanan dari China.

    Kementerian Hal Ehwal Luar Taiwan berkata ia telah membuat bantahan dengan Emirates di Dubai dan Taipei.

    China masih melihat Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya akan bersatu dan ketegangan antara dua musuh telah semakin memburuk sejak Presiden Tsai Ing-wen mengambil alih jawatan pada tahun lepas. Beijing telah menghentikan semua komunikasi secara rasmi dengan Taipei, latihan tentera dan berusaha untuk mengasingkan pulau itu di peringkat antarabangsa. Anak kapal di Emirates lazimnya memakai pin bendera kebangsaan mereka pada pakaian seragam mereka.

    “Kami telah diarahkan oleh kerajaan China yang berkuat kuasa serta merta, anak kapal penerbangan Emirates akan mengikuti dasar Satu China,” menurut e-mel yang dibaca.

    Beijing berkata Taiwan adalah sebahagian daripada ‘Satu China’, tetapi Presiden Tsai enggan mengakui konsep itu. Pekerja Emirates warga Taiwan melahirkan rasa kemarahan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda