DUBAI, 16 NOV – Emirates yang berpangkalan di Dubai hari ini mengumumkan tempahan untuk 15 pesawat Airbus A350-900 jarak jauh, menjadikan jumlah pesawat tambahan yang ditempah oleh syarikat itu pada Pameran Udara Dubai tahun ini sebanyak 110.
“A350-900 akan menambah gabungan armada kami dan kami gembira mengumumkan tempahan tambahan untuk jenis pesawat ini,” kata Ketua Eksekutif Emirates, Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum dalam satu kenyataan.
“Kami merancang untuk menggunakan A350 kami untuk melayani pelbagai pasaran baharu termasuk misi jarak jauh sehingga 15 jam penerbangan dari Dubai.”
Menurut kenyataan itu, perjanjian tersebut bernilai AS$6 bilion dan Emirates telah komited untuk membelanjakan AS$58 bilion bagi pesawat baharu pada acara tahun ini di Dubai. – AFP
