Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emirates umum kerugian AS$1.6 bilion

    DUBAI, 10 NOV – Syarikat penerbangan Emirates mencatatkan kerugian AS$1.6 bilion pada separuh pertama tahun kewangan, menurut kenyataan syarikat pengangkutan berpangkalan di Dubai hari ini, ketika ia masih terjejas ekoran penularan pandemik COVID-19.

    Walau bagaimanapun, pendapatan syarikat meningkat 86 peratus kepada AS$5.9 bilion dan kerugian dibandingkan kepada AS$3.4 bilion semasa tempoh yang sama tahun lalu, menurut kenyataan syarikat.

    “Di seluruh kumpulan, kami menyaksikan operasi dan permintaan semakin meningkat ketika negara-negara mula melonggarkan sekatan perjalanan,” kata ketua pegawai eksekutif, Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum.

    “Momentum ini terus meningkat semasa musim panas dan negara-negara mula berkembang memasuki musim sejuk dan seterusnya.

    “Sementara terdapat beberapa jalan sebelum kami memulihkan operasi kami kepada paras pra pandemik dan kembali untuk mengaut keuntungan, kami berada di landasan pemulihan yang betul,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda