Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emirates umum pembelian 65 pesawat Boeing 777-9

    DUBAI, 17 NOV – Pertunjukan Udara Dubai dua tahun sekali dibuka hari ini dengan syarikat penerbangan utama Dubai, Emirates, mengumumkan pembelian 65 pesawat Boeing 777-9, ketika syarikat itu berusaha menambah jumlah armadanya susulan keuntungan rekod dan permintaan berterusan terhadap penerbangan melalui hab perjalanan Timur-Barat tersebut.
     
    Syarikat penerbangan itu tidak memberikan nilai rasmi bagi perjanjian dengan Boeing dan GE Engines.
     
    Pertunjukan udara tahun ini juga bakal menyaksikan minat yang diperbaharui terhadap teksi terbang, sesuatu yang telah lama dijanjikan oleh kerajaan Emiriah itu dan kini disasarkan untuk direalisasikan pada tahun hadapan.
     
    Jualan ketenteraan turut menjadi tumpuan, dengan Rusia kembali mengambil bahagian meskipun berdepan sekatan Barat ekoran perang berlarutan di Ukraine. Sementara itu, syarikat Israel tidak hadir disebabkan kemarahan berpanjangan berikutan perang Israel-Hamas yang memusnahkan Gaza. – AP
     
    Gambar pesawat penumpang Boeing Co. 777-9, varian kepada model 777X, di pavilion Boeing Co. di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, pada 13 November 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda