Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Emiriah Arab Bersatu labur A$10 bilion di Pakistan

    ISLAMABAD, 24 MEI – Kerajaan Pakistan berkata kelmarin bahawa Emiriah Arab Bersatu komited untuk melabur sehingga AS$10 bilion di Pakistan semasa pertemuan di ibu negara UAE antara presiden negara itu dan perdana menteri Pakistan.

    Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif berkata dalam satu kenyataan bahawa Presiden UAE, Mohammed bin Zayed Al Nahyan membuat komitmen itu semasa pertemuan di Abu Dhabi dengan Sharif, yang melawat UAE. Bagaimanapun, ia hanya memberikan sedikit butiran.

    Menurut kenyataan itu, Sharif memberitahu presiden UAE tentang langkah yang diambil oleh kerajaan Pakistan untuk menggalakkan pelaburan asing, dan presiden UAE komited untuk melabur AS$10 bilion dalam pelbagai sektor di Pakistan.

    Sharif juga menjemput presiden UAE untuk melawat Pakistan dan jemputan itu diterima, tambah kenyataan itu lagi. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...