Selepas 23 tahun bersama akhirnya penyanyi dan penulis lirik Emma Bunton mengumumkan secara rasmi bergelar isteri kepada Jade Jones pada Selasa lalu.
Anggota kumpulan Spice Girls itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya dengan kapsyen pendek ‘Mr and Mrs Jones’. Rata-rata warganet dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti tersebut di ruang perkongsian itu.
Untuk rekod, Emma sebelum ini berkongsi mengenai pertunangannya dengan Jade Jones pada 2011 menerusi program Dancing On Ice.
Emma mula menjalinkan hubungan cinta dengan Jade pada 1998 dan mereka turut mempunyai dua cahaya mata bernama Beau Lee Jones, 14 dan Tate Lee Jones, 10. – Agensi
