Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emma nanti rezeki anak kedua

    Diburu desas desus konon hamil anak kedua, aktres, Emma Maembong, 30, enggan mengulas lanjut kemungkinan dirinya dan pasangan mahu membesarkan keluarga.

    Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail bagaimanapun mengakui dia dan suami, Muhammad Shazli Azhar, 35, berharap serta berusaha mendapatkan adik buat anak sulung, Shariq Gabriel yang berusia dua tahun.

    Emma menjelaskan soal zuriat adalah perkara sensitif dan dia mahu lebih berhati-hati membicarakan mengenainya.

    “Setakat ini, saya tidak mahu cakap apa-apa sebab saya dan suami masih mencuba.

    “Kalau saya kata ada (hamil) tetapi apa yang terjadi sebaliknya, saya akan sakit. Sama juga kalau saya kata tiada (tidak hamil), kemudian, tiba-tiba ada, saya gembira.

    Terbiasa dengan ahli keluarga ramai, Emma dan suami mahu mendapatkan adik kepada anak sulung, Gabriel. – Agensi

    “Hal zuriat ini sensitif. Terkadang tidak semua orang akan gembira apabila tengok kita gembira.

    “Tapi saya mengaku mengharap sangat (dikurniakan anak kedua),” katanya kepada BH Online.

    Pelakon filem Kimchi Untuk Awak ini mengaku dirinya dan suami mahu memiliki anak ramai agar kemeriahan hidup berkeluarga lebih terasa.

    “Saya dan suami mempunyai keluarga besar. Tetapi apabila di rumah, hanya kami bertiga, rasanya agak sunyi.

    “Mungkin keadaan huru-hara itu yang kami mahukan.

    “Kalau ikutkan, memang kami mahukan anak lagi. Kalau ada rezeki itu adalah. Saya sudah mencuba sejak selepas pantang anak pertama.

    “Doa yang baik-baik sahaja untuk saya,” katanya.

    Sementara itu, Emma mengaku memasang niat untuk menutup aurat seperti awal kemunculannya dalam dunia lakonan pada 2012. Emma mengaku rindu dengan penampilannya sebelum ini dan akan cuba berusaha ke arah itu.

    “Takkan saya hendak macam ini sampai tua. Bagi setiap wanita yang beragama Islam, masing-masing mahu menjadi baik… Begitu juga dengan saya.

    “Tiada sesiapa yang mahu buat perkara tidak baik dan kekal dengan imej yang macam ini (tidak menutup aurat),” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda