Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emma Roberts dah bergelar ibu

    Pelakon Emma Roberts, 29, kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, kelmarin.

    Anak damit lelaki hasil hubungannya dengan pasangan, Garrett Hedlund itu dilahirkan dengan berat 4.1 kilogram.

    Sehari selepas itu, pasangan itu dikhabarkan menamakan anak damit mereka dengan nama Rhodes.

    Walaupun mereka cuba menyembunyikan berita kehamilan itu, namun ia mula tersebar dan menjadi bualan sejak Jun lalu. Mereka mula rapat pada Mac tahun lalu sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke fasa lebih serius dalam hubungan cinta mereka. Sebelum bersama Emma, Garrett juga pernah menjalin hubungan cinta dengan Kristen Dunst selamat empat tahun. – Agensi

    Emma Roberts selamat melahirkan cahaya mata pertamanya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda