Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emma Roberts sedang hamil anak pertama?

    Dalam diam, rupa-rupanya pelakon Emma Roberts sedang hamil anak pertama de-ngan kekasihnya iaitu Garrett Hedlund.

    Bagaimanapun sehingga kini pasangan ini masih mengunci mulut mengenai perkara tersebut.

    Memetik laporan Hollywoodlife, Emma Roberts, 29, buat pertama kali muncul di khalayak umum bersama teman lelakinya itu selepas berita kehamilannya diperkatakan.

    Penampilan Emma dengan menggayakan baju sejuk bersaiz besar de-ngan memakai penutup hidung dan mulut ketika berada di lapangan terbang menarik perhatian umum.

    Emma dan Garrett mula menjalinkan hubungan cinta sejak awal 2019 selepas berpisah dengan bekas tunangnya yang juga pelakon Evan Peters sekitar Januari 2019. – Agensi

    Emma Roberts dan pasangan masih belum mengesahkan bahawa dia sedang hamil. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda