Monday, February 24, 2025
32.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emma: Robot urut di Singapura

    SINGAPURA – Sebuah robot ‘tukang urut’ bernama Emma menawarkan urutan belakang berteknologi tinggi buat penduduk Singapura dengan menggunakan lengan logam raksasanya dan sentuhan panas silikon yang mana menurut penciptanya sangat sepadan atau seakan-seakan sentuhan manusia.

    Robot tersebut, hasil idea dari syarikat terbaru di negara itu, AiTreat, mula melaksanakan tugas tersebut di salah sebuah klinik di bandar raya itu baru-baru ini dan melakukan ‘tui na’, sejenis urutan yang diamalkan dalam perubatan tradisional Cina.

    Emma, yang bermakna ‘Expert Manipulative Massage Automation’, itu mempunyai sebuah lengan logam putih dengan sentuhan silikon panas yang menyerupai mimik pergerakan tapak tangan dan ibu jari manusia.

    Sementara pelanggan yang menempah urutan itu dibaringkan di atas katil.

    Dengan harga Sg$68 (AS$50), pelanggan-pelanggan di klinik perubatan tradisional Cina itu akan menerima urutan robot selama setengah jam – di bahagian belakang atau bahagian tubuh yang sakit – sementara lima minit urutan dari seorang ahli terapi manusia dan sekitar 20 minit melalui akupuntur.

    Calista Lim Hui Min (kiri) memantau perkembangan robot urut Emma terhadap urutannya kepada ??Elaine Low, di klinik tradisional Cina (TCM), NovaHealth di Singapura. – AFP
    Robot ukang urut melakukan urutan pada Elaine Low, di klinik perubatan tradisional Cina (TCM), NovaHealth, di Singapura. – AFP
    Zhang Yizhong, Ketua Pegawai Eksekutif AiTreat, pembuat robotik permulaan dari Universiti Teknologi Nanyang yang membangunkan robot urut Emma, di klinik perubatan tradisional Cina (TCM), NovaHealth, di Singapura. – AFP

    Calista Lim, seorang doktor terlatih dari Beijing di klinik NovaHealth TCM, berkata robot itu memudahkan beban kerjanya, membolehkannya menumpukan perhatian kepada lebih ramai pesakit.

    “Ada hari yang … orang ramai merasa sedikit letih atau kurang selesa badan dan mereka mungkin enggan melakukan kerja-kerja tambahan,” katanya kepada AFP.

    “Tetapi buat Emma, ??sebaik sahaja saya menyuruhnya, ia akan melakukan urutan.”

    Dia berkata robot urut itu juga sangat berguna bagi menampung kekurangan tenaga pekerja, kerana ia adalah sukar untuk mencari ahli terapi yang baik di Singapura.

    Proses ‘Tui na’ melibatkan titik-titik tekanan tertentu di dalam badan. Pengamal perubatan Cina itu percaya ia boleh membantu melegakan pelbagai penyakit dari sakit kepala hinggalah kemurungan.

    Doktor warga Singapura, Calista Lim Hui Min (kanan) memeriksa denyutan nadi pesakit Elaine Low, 35, (kiri) sebelum menerima urutan dari sebuah tukang urut robot di klinik perubatan tradisional Cina (TCM), NovaHealth, di Singapura. – AFP
    Calista Lim Hui Min (kanan) memeriksa denyutan nadi pesakit Elaine Low, (kiri) sebelum menerima urutan daripada robot urut di klinik perubatan tradisional Cina (TCM), NovaHealth, di Singapura. – AFP

    Zhang Yizhong, ketua eksekutif AiTreat berkata Emma menggunakan sensor untuk mengesan kekakuan dalam tubuh manusia dan sejauh mana keberkesanan keadaan pengaliran darah pesakit.

    Namun, Lim mengakui bahawa sesetengah pesakit pada awalnya berasa khuatir dengan urutan dari sebuah mesin “kerana mereka banyaknya terkesan dari menonton filem-filem seram”. Namun ianya sangat diterima baik selepas mencubanya.

    Elaine Low, 35, yang menderita sakit belakang, berkata dia sangat menyukai dan merasa lega dengan urutan tersebut.

    “Ia terasa sangat hangat, sangat selesa,” katanya.

    Perubatan tradisional Cina, yang menggunakan ubat herba dan teknik-teknik seperti akupunktur, sangat popular di Singapura di mana kebanyakan penduduknya adalah etnik Cina. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda