Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emosi Janna mudah terusik

    Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick memilih untuk membawa diri ke luar negara selepas diasak kata negatif warganet terutama mengenai persoalan cahaya mata dan suaminya, Dini Schatzmann, baru-baru ini.

    Sebelum ini, Janna gagal menahan rasa sedih sehingga menitiskan air mata ketika memuat naik video dalam Instagram (IG) selepas dihambat dengan komen negatif warganet.

    Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Muner, terkesan dengan komen yang menuduh Dini terlebih hormon perempuan sehingga menyukarkan mereka mendapatkan zuriat.

    Janna memaklumkan mereka sudah menjalani rawatan Persenyawaan In Vitro (IVF) pada Oktober tahun lalu, namun belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.

    Susulan itu, pengacara program realiti, Famili Duo musim keempat (FD4) itu memilih menenangkan fikiran di luar negara dan pada masa sama, mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan positif dan kata semangat buatnya.

    Janna memilih menenangkan fikiran di luar negara dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberikan ucapan positif dan kata semangat. – The Star

    Terima kasih atas doa dan kata-kata yang baik. Saya okay sahaja, menangis itu adalah perkara biasa bagi wanita yang sedang dalam proses mencuba untuk hamil.

    “Nak kata rasa patah semangat atau down, itu juga kitaran kesedihan yang perlu saya hadapi setiap bulan. Sebenarnya saya pernah lalui fasa breakdown yang lebih teruk sebelum ini.

    “Bagi saya, ini semua lumrah bagi mereka yang berusaha untuk dapatkan zuriat,” katanya kepada BH Online.

    Janna berkata, dia bukan tak reda, tapi cuma hendak berkongsi perjalanan sepanjang proses mencuba untuk hamil.

    “Namun, saya tetap percaya dan bersangka baik dengan aturan Allah. Semoga ada doa kalian yang diangkat oleh Allah,” katanya.

    Sebelum ini, Janna berkongsi, rahimnya terbalik dan berusaha untuk kurangkan kerja, malah tidak mengambil ‘job’ berlakon dalam tempoh panjang termasuk mengubah gaya hidup. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda