Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Empat agensi sumbang lebih $70,000 untuk rakyat Palestin

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Sejumlah $70,985.12 sumbangan daripada empat buah agensi telah diserahkan ke Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 di majlis penyerahan yang berlangsung di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), petang tadi.

    Hadir menerima sumbangan berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Menurut kenyataan JAPEM, sumbangan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang berjumlah $13,000 adalah hasil kutipan daripada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Fakulti Usuluddin dan Fakulti Ekonomi Kewangan Islam dan beberapa aktiviti lain yang diadakan pada Disember 2023 dan awal Januari tahun ini dan disampaikan oleh Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

    Manakala sumbangan daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD) berjumlah $11,000 adalah hasil kutipan daripada projek Misi Peduli Palestin dan warga UBD yang disampaikan oleh Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle.

    Turut menyampaikan sumbangan tabung berkenaan ialah Persatuan Kami Prihatin (WeCare) berjumlah $26,000. Sumbangan itu adalah hasil daripada orang ramai melalui akaun WeCare di aplikasi BIBD NEXGEN serta dari Tabung Kebajikan WeCare disampaikan oleh Presiden WeCare, Awang Muhammad Samira Razin bin Abdullah Sambut.

    Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) turut menyumbangkan sejumlah $20,985.12 hasil kutipan daripada aktiviti jualan amal yang diadakan di Supa Save Mabohai dan Bandar Seri Begawan pada bulan Disember 2023 yang telah disampaikan oleh Yang Di-Pertua MKM, Awang Mohd Yusof Shaik bin Abdul Halim.

    Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), KKBS pegawai-pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat serta ahli-ahli daripada agensi berkenaan.

    Dr Haji Norarfan menyampaikan sumbangan berjumlah $13,000.
    – GAMBAR SERAHAN JAPEM

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...