Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat anggota ABDB sertai MALBATT selamat berlepas

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Penerbangan kedua kontinjen MALBATT 850-12 untuk misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang terdiri daripada 219 anggota MALBATT 850-12 termasuk empat anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah selamat berlepas menggunakan pesawat Batik Air Airbus A330-300, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, hadir pada majlis pemergian itu ialah Penolong Ketua Staf J3 Markas Angkatan Bersama ATM, Mejar Jeneral Dato’ Tong Veng Leong TUDM.

    Turut hadir ialah Penasihat Pertahanan Brunei Darussalam ke Malaysia, Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, pegawai-pegawai kanan ATM dan ahli keluarga kontinjen yang akan berlepas.

    Upacara dimulai dengan tabik hormat daripada kontinjen, diikuti dengan lagu ATM serta ucapan daripada tetamu kehormat.

    Upacara perbarisan diakhiri dengan laungan ‘Gempur Wira’ dan disusuli dengan bacaan doa.

    Dua lagi penerbangan bagi kontinjen MALBATT 850-12 dijadualkan berlepas dari Malaysia ke Lubnan pada 14 dan 18 November.

    Salah seorang anggota wanita ABDB dari MALBATT 850-12 bergambar bersama keluarga sebelum berlepas ke Lubnan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bergambar ramai semasa acara itu. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda