Wednesday, March 19, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat anggota polis terbunuh di Pakistan

    QUETTA, Pakistan, 13 Julai – Lelaki bersenjata bermotosikal yang tidak dikenali telah membunuh empat anggota polis di barat daya Pakistan hari ini, dalam serangan terbaru yang menyasarkan pihak berkuasa di wilayah bergolak Balochistan.

    Insiden itu berlaku di Quetta, bandar Balochistan, yang telah dimusnahkan oleh keganasan kumpulan pemisah dan Islamis selama lebih sedekad.

    Pegawai kanan polis, Abdul Razzaq Cheema memberitahu AFP bahawa superintenden polis, Mubarak Shah dalam perjalanannya menuju ke pejabat bersama tiga pengawal polis apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda