CAPE CANAVERAL, 12 MAC – Empat angkasawan stesen angkasa kembali ke Bumi lewat kelmarin menaiki penerbangan SpaceX.
Kapsul mereka mendarat di Teluk Mexico berhampiran pantai Florida.
Kru Amerika Syarikat-Rusia-Jepun menghabiskan masa lima bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa, tiba pada Oktober lalu.
Selain mengelak daripada serpihan di angkasa lepas, angkasawan tersebut juga terpaksa berhadapan dengan sepasang kapsul Rusia yang bocor yang berlabuh di pusat orbit dan penghantaran segera kapal gantian untuk anggota kru stesen yang lain.
Dipimpin oleh Nicole Mann dari NASA, wanita pertama puak asli Amerika yang terbang ke angkasa, dan mereka meninggalkan stesen angkasa pada awal pagi kelmarin.
Kurang daripada 19 jam kemudian, kapsul Dragon yang mereka naiki telah timbul di lautan dan menunggu untuk diambil.
Angin kencang dan gelombang tinggi di kawasan pendaratan mendorong kru untuk tinggal di stesen selama beberapa hari lagi.
Pengganti mereka telah tiba lebih dari seminggu yang lalu.
Mann, yang merupakan ahli suku Indian Wailacki dari Round Valley, California Utara, berkata dia tidak sabar untuk merasai angin di wajahnya, mencium rumput segar dan menikmati makanan Bumi yang enak.
Angkasawan Jepun, Koichi Wakata, merindukan sushi, manakala kosmonaut Rusia, Anna Kikina, ingin minum teh panas “dari cawan sebenar, bukan dari yang diperbuat dari plastik”.
Tiga orang angkasawan Amerika, tiga angkasawan Rusia dan seorang lagi dari Emiriah Arab Bersatu masih berada di stesen angkasa.
Wakata, juara penerbangan angkasa Jepun, kini telah mencatat lebih dari 500 hari di angkasa melalui lima misi yang bermula dari era pesawat ulang alik NASA. – AP
