Saturday, October 12, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat atlet wusyu negara berlepas ke Hong Kong

    Oleh James Kon –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT — Empat atlet wusyu kebangsaan berlepas ke Hong Kong semalam bagi menyertai Siri Sukan Dunia 2024 yang berlangsung dari 11 hingga 13 Oktober, sebagai persediaan untuk merebut tempat ke Sukan Dunia 2025.

    Atlet berkenaan ialah Basma Lachkar, Lim Yee Sean, Hosea Wong Zheng Yu dan Majdurano Joel bin Majallah Sain, yang akan bertanding dalam pelbagai acara wusyu. Basma Lachkar, Lim Yee Sean dan Hosea Wong Zheng Yu masing-masing akan beraksi dalam acara Taijiquan dan Taijijian. Manakala Majdurano Joel pula akan bersaing dalam acara Nanquan dan Nangun.

    Pertandingan tersebut merupakan pusingan kelayakan bagi Sukan Dunia 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 7 hingga 17 Ogos 2025 di Chengdu, Republik Rakyat China.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada para atlet ialah jurulatih kebangsaan, Li Hui, serta jurulatih wanita, Zhao Chunjie.

    Kontinjen negara bergambar ramai bersama jurulatih kebangsaan sebelum berlepas ke Hong Kong di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda