Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat cedera dalam insiden bakar dewan bandaraya di Jepun

    TOKYO, 16 JULAI – Empat orang cedera selepas seorang lelaki membakar dewan bandaraya di pusat Jepun, kata pihak polis, dengan laporan media tempatan menyatakan suspek telah ditahan.

    Jurucakap polis memberitahu AFP bahawa kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang apabila seorang lelaki yang dipercayai memegang pisau membakar dewan bandaraya di Takahama, wilayah Aichi.

    “Empat orang – lelaki dan wanita – cedera,” katanya tanpa memberikan butiran lanjut.

    Kesemua mangsa telah dihantar ke hospital, dengan salah seorang mengalami kecederaan serius, lapor penyiar, NHK, memetik pegawai jabatan bomba tempatan.

    Menurut NHK, lelaki tersebut menyimbah cecair yang dipercayai minyak di tingkat bawah dewan bandaraya sebelum membakarnya. Kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira 20 minit kemudian.

    Serangan bakar bukan sesuatu yang jarang berlaku di Jepun dengan lebih daripada 2,000 kes, atau enam peratus daripada jumlah kebakaran keseluruhan, dilaporkan pada 2022, menurut agensi pengurusan kebakaran dan bencana. – AFP

    Gabar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda