Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat cedera dalam serangan tukul di sekolah

    MOSCOW, 16 SEPT – Seorang pelajar hari ini telah mencederakan empat orang dengan menggunakan tukul di sebuah sekolah di bandar Chelyabinsk, selatan Rusia, berhampiran dengan sempadan Kazakhstan, kata pihak berkuasa tempatan.

    Remaja berusia 13 tahun itu menyerang guru-guru dan rakan-rakan pelajarnya sebelum dia berjaya ditahan, kata gabenor wilayah, Aleksey Teksler di X.

    Dua orang remaja perempuan berusia 13 tahun, seorang budak lelaki dan seorang guru telah cedera dan dimasukkan ke hospital, menurut Kementerian Kesihatan tempatan.

    Suspek juga membawa pisau dan senjata api, menurut sumber polis yang dipetik oleh agensi berita Rusia, RIA Novosti.

    Motif serangan tersebut masih belum jelas setakat ini.

    “Bagaimana boleh seorang pelajar boleh masuk ke sekolah dengan tukul dan mengapa pengawal keselamatan tidak bertindak?” tanya Teksler di X.

    Beliau telah mengarahkan agar protokol keselamatan dikaji semula di setiap sekolah di wilayah tersebut.

    Satu siasatan telah dilancarkan mengenai ‘pembunuhan yang dirancang ‘dan ‘kecuai-an’, kata Jawatankuasa Siasatan Rusia, yang bertanggungjawab terhadap siasatan terbesar di negara itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda