Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat cedera selepas trem rempuh kedai di Norway

    OSLO, 29 OKT – Sebuah trem tergelincir dari landasan di pusat bandar Oslo dan merempuh sebuah kedai iPhone dan komputer hari ini yang menyebabkan empat orang mengalami kecederaan ringan, kata polis Norway.

    Terdapat kira-kira 20 orang di dalam trem penumpang ketika ia tergelincir dari landasan di persimpangan di Storgata, salah satu jalan utama di ibu negara Norway.

    Gambar-gambar dari tempat kejadian menunjukkan bahawa hampir keseluruhan gerabak pertama trem tersebut telah terperosok di dalam kedai itu.

    Pemandu trem adalah antara yang cedera. Polis mengatakan semua yang terlibat telah dirawat di lokasi kejadian tetapi tiada seorang pun yang mengalami kecederaan serius.

    Punca kemalangan itu tidak dapat dipastikan segera dan polis menyatakan mereka menunggu kehadiran anggota Lembaga Penyiasatan Keselamatan Norway. Bangunan empat tingkat itu kemudian dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga untuk memeriksa sebarang kerosakan struktur. – AP

    Orang ramai dan penyelamat berkumpul di tempat kejadian di mana sebuah trem tergelincir dan merempuh sebuah bangunan di pusat bandar Oslo, Norway pada 29 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda