Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Empat cimpanzi terlepas, tiga ditembak mati

    STOCKHOLM, 15 DIS – Salah seekor cimpanzi yang cedera masih belum ditangkap dalam bangunan di zoo Sweden hari ini, sehari selepas empat haiwan tersebut terlepas dari kurungan. Tiga yang lain telah ditembak mati.

    Pegawai Sweden dan media berkata haiwan yang cedera itu masih belum menerima rawatan disebabkan tidak ada sesiapa yang boleh memasuki bangunan dengan selamat di Zoo Furvik.

    Cimpanzi berada dalam rumah monyet, tetapi kakitangan gagal mendapatkan ketiga-tiga haiwan kembali ke kurungan, kata pengurusan taman haiwan dalam satu kenyataan. Namun haiwan yang cedera itu sudah kembali ke kurungannya sendiri hari ini.

    ”Ini bermakna kami masih belum boleh membenarkan orang bergerak bebas di taman dan kami masih mengambil langkah berjaga-jaga,” kata zoo.

    Situasi adalah ‘amat serius dan tragik, bagi haiwan dan juga pekerja kami,’ kata taman haiwan itu, menambah ia tidak tahu bagaimana haiwan tersebut boleh melepaskan diri.

    Haiwan tersebut melepaskan diri dari kurungan semalam, mendorong zoo menghubungi pihak berkuasa. Tiga cimpanzi ditembak mati oleh kakitangan tempatan, sementara haiwan keempat mengalami kecederaan. Zoo memberitahu media Sweden bahawa haiwan berkenaan terpaksa dibunuh kerana ubat penenang tidak mencukupi untuk kesemua haiwan itu. – AP

    Gambar fail menunjukkan cimpanzi melihat keluar dari kurungan di Zoo Miami. Tiga cimpanzi yang terlepas dari kurungan di zoo Sweden telah ditembak mati. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Black Panther terima penghargaan Bintang Hollywood Walk of Fame

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Berita Berkaitan

    Tapak perlindungan cimpanzi Sierra Leone dibuka semula

    FREETOWN, 4 NOV – Sebuah tapak perlindungan terkenal di...

    Pasangan ditahan paksa remaja tinggal dalam kurungan anjing

    NEW YORK, 15 MEI – Pihak berkuasa Amerika Syarikat...

    Anak cimpanzi terancam, perlu perlindungan

    CAMEROON – Cimpanzi dewasa, dalam beberapa aspek, mempunyai persamaan...

    Saintis terkemuka Belanda meninggal dunia akibat kanser

    WASHINGTON, 17 MAC – Pakar primatologi, Frans de Waal,...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...