Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya menahan empat individu yang dipercayai dalang kepada insiden pecah masuk dan kegiatan curi kenderaan yang berlaku di sebuah kedai pengedar kenderaan di Perindustrian Beribi, Jalan Gadong, kelmarin.
Kesemua suspek dipercayai mencuri dua buah kenderaan mewah berserta sebuah kereta pacuan empat roda yang dilaporkan hilang pada 27 November lalu sekitar 6:54 pagi.
Kesemua kereta tersebut berjaya ditemui kembali.
Suspek terlibat terdiri daripada tiga warganegara tempatan dan seorang warganegara asing. Dua daripadanya berumur 18 tahun, 38 tahun dan seorang lagi melibatkan suspek di bawah umur.
Hasil siasatan awal mendapati beberapa barangan kedai turut dirosakkan dan dicuri seperti wang di dalam peti keselamatan, kerosakan pada kamera rakaman litar tertutup (CCTV) serta beberapa pintu di kedai tersebut.
Kesemua barang bukti dibawa ke Balai Polis Bandar Seri Begawan bagi siasatan lanjut.
