Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat ditahan atas tuduhan dadah berdepan hukuman mati

    DENPASAR, 17 SEPT – Empat orang yang ditahan baru-baru ini atas tuduhan dadah di pulau peranginan Indonesia, Bali, berdepan hukuman mati, kata ketua agensi antidadah hari ini.

    Pegawai telah menahan dua warga Thailand di lapangan terbang antarabangsa pulau itu pada 3 September kerana memiliki methamphetamine, ekstasi dan kristal MDMA, kata ketua agensi narkotik Bali, Rudy Ahmad Sudrajat kepada pemberita.

    “Dadah tersebut akan diserahkan kepada dua warga Indonesia yang menempahnya,” katanya.

    Salah seorang warga Indonesia itu ditahan di lapangan terbang yang sama pada 8 September manakala seorang keldai dadah yang tidak dinyatakan kewarganegaraannya turut ditahan.

    Keempat-empat mereka berdepan hukuman mati jika didapati bersalah, kata Sudrajat.

    Polis turut menahan dua warga Eropah pada Julai, seorang lelaki Latvia dan seorang lelaki Sweden.

    Lelaki Latvia itu yang disyaki terlibat dalam sindiket jenayah di negaranya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun selepas ditangkap bersama 450 gram hasyis dan 977 gram ganja.

    Manakala, suspek dari Sweden berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun selepas didapati memiliki 201 gram hasyis di vilanya. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda