Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Empat ditahan bantu siasatan keluar wang guna dokumen palsu

    SIBU, 15 APRIL – Polis menahan empat individu termasuk dua penjawat awam bagi membantu siasatan berkaitan kes pengeluaran wang menerusi Electronic Government Unclaimed Money Information System (eGumis) berjumlah lebih RM175,000 dipercayai menggunakan dokumen palsu.

    Tiga daripada mereka termasuk seorang wanita ditangkap hari ini manakala seorang lagi diberkas semalam.

    Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili yang mengesahkan tangkapan berkenaan ketika dihubungi turut memaklumkan dua lagi individu merupakan orang awam.

    Beliau berkata tangkapan dilakukan selepas pihaknya bertindak atas tiga laporan oleh pengadu yang berlainan.

    Sementara itu, Mahkamah Majistret Sibu hari ini membenarkan permohonan reman terhadap keempat-empat individu berkenaan yang berusia antara 29 dan 42 tahun bermula hari ini hingga 18 April.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan 471 Kanun Keseksaan kerana menipu dan memalsukan dokumen. – Bernama

    ACP Zulkipli Suhaili berkata tangkapan dilakukan selepas pihaknya bertindak atas tiga laporan oleh pengadu yang berlainan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...