Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat hilang, kapal persiaran karam di terumbu

    MANILA, 30 APRIL – Para penyelamat mencari empat orang hari ini selepas bot yang membawa lebih puluhan penyelam skuba karam di kawasan perlindungan marin yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia di Filipina, kata pihak berkuasa.

    Pengawal Pantai Filipina berkata 28 orang diselamatkan selepas kapal Dream Keeper tenggelam pagi ini di perairan Terumbu Tubbataha di luar wilayah barat Palawan.

    Empat warga China adalah antara yang menaiki bot penyelam itu.

    Pemilik kapal itu, seorang juruselam dan dua tetamu masih hilang, kata jurucakap pengawal pantai Laksamana Muda Armando Balilo.

    Sebuah kapal pengawal pantai dan kira-kira 10 bot penyelam telah menjalankan pencarian ke atas mangsa di perairan tersebut.

    “Ia penuh dengan peminat penyelam sekarang dan ia berada dalam senarai impian tempat dituju mereka,” kata Balilo merujuk kepada Tubbataha.

    Terumbu Tubbataha berkeluasan 97,000 hektar (240,000 ekar) adalah salah satu kawasan perlindungan marin terbesar di negara itu dan telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1993. – AFP

    Kapal persiaran Dream Keeper yang karam di terumbu Filipina. – CNN Philippines
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda