Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat kanak-kanak, 2 dewasa maut dalam kebakaran rumah

    WALDORF, 11 OGOS – Kebakaran yang melanda sebuah rumah di Charles County, Maryland, kelmarin mengorbankan empat kanak-kanak dan dua dewasa, kata pihak berkuasa.
     
    Seorang berjaya menyelamatkan diri daripada kebakaran yang dilaporkan  berlaku sekitar 8:40 pagi di rumah di Waldorf, kira-kira 88 kilometer selatan Baltimore, lapor WTOP-TV.
     
    Kira-kira 70 anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran dalam masa lebih sejam. Seorang anggota bomba dimasukkan ke hospital dan seorang lagi responden pertama dirawat di tempat kejadian akibat kecederaan.
     
    Punca kebakaran masih dalam siasatan. Ketua Timbalan Marsyal Bomba Negeri, Oliver Alkire berkata kebakaran itu berpunca dari bahagian kanan rumah di dalam anjung tertutup.
     
    Sejak kelmarin, umur dan nama mangsa belum lagi didedahkan.
     
    Alkire berkata pegawai tidak mengetahui dengan segera sama ada kediaman itu mempunyai penggera asap yang berfungsi. – AP
     
    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda