Empat kanak-kanak lemas dalam kolam ikan

HANOI, 18 JULAI – Empat kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun mati lemas dalam sebuah kolam ikan di tengah wilayah Vietnam Khanh Hoa, lapor media tempatan hari ini.

Tiga budak lelaki dan seorang budak perempuan dari Khanh Hoa, yang merupakan saudara rapat, sedang mandi dalam kolam di daerah Khanh Vinh apabila mereka tergelincir dalam lubang yang dalam dan lemas semalam, akhbar harian Thanh Nien memetik pihak berkuasa tempatan sebagai melaporkan.

“Mati lemas adalah epidemik senyap yang meragut lebih daripada 2,000 nyawa kanak-kanak setiap tahun di Vietnam,” beritahu seorang pegawai daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Vietnam kepada Xinhua baru-baru ini, menambah jumlah budak lemas

di Vietnam adalah lebih tinggi berbanding negara Asia Tenggara lain dan 10 kali lebih tinggi daripada negara maju.

Pegawai itu berkata kebanyakan kematian berpunca daripada lemas di Vietnam dapat dicegah, dan kadar lemas di kalangan kanak-kanak tempatan akan berkurangan sekiranya orang dewasa menyelia atau memantau aktiviti kanak-kanak dengan lebih teliti. – Xinhua