Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Empat kelasi Filipina ditahan tentera Iran

    MANILA, 14 APRIL – Empat kelasi Filipina adalah antara anak kapal yang ditahan dalam kapal kontena yang dirampas oleh tentera Iran di Teluk Parsi kelmarin.

    Dalam satu kenyataan, Jabatan Pekerja Migran Filipina mengesahkan rampasan kapal MSC Aries ‘dengan empat pelaut Filipina di atas kapal,’ sambil menambah telah menghubungi keluarga empat kelasi itu.

    Kerajaan Filipina telah bekerjasama dengan agensi pengawal berlesen, pengurus kapal dan pengendali untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak kapal serta mengusahakan pembebasan mereka, tambah kenyataan.

    Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran merampas kapal kontena berbendera Portugal yang dikaitkan dengan Israel, bernama MSC Aries, berhampiran Selat Hormuz, lapor agensi berita rasmi IRNA, kelmarin.

    Filipina adalah antara pembekal pekerja maritim terbesar di dunia, menyediakan hampir satu perlima daripada 1.2 juta kelasi di seluruh dunia, menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

    November lalu, 17 kelasi Filipina telah dijadikan tebusan selepas sebuah kapal kargo Israel dirampas oleh pemberontak Houthi Yaman di Laut Merah. Pada bulan Mac, dua kelasi Filipina terbunuh dalam serangan peluru berpandu oleh pemberontak Houthi ke atas kapal kargo di Teluk Aden, selatan Yaman. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...