Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat kes baharu selesema burung di Korea Selatan

    SEJONG , 24 MAC – Korea Selatan mengesahkan empat lagi kes selesema burung berpatogen tinggi dalam tempoh kurang seminggu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 41 kes sejak Oktober lalu, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar pada hari ini.

    Menurut kementerian, empat kes terbaharu itu dikesan di ladang ternakan ayam di tiga bandar iaitu Cheonan, Sejong dan Cheongju, sejak Rabu lalu.

    Kes terkini dilaporkan pada Jumaat di sebuah ladang ternakan di Sejong yang menternak kira-kira 89,000 ekor ayam.

    Pihak berkuasa memaklumkan bahawa langkah-langkah pencegahan sedang diambil bagi mengelakkan penularan wabak, termasuk meminta pekerja industri penternakan di seluruh negara untuk menjalankan proses nyahkuman ke atas ladang, kemudahan serta kenderaan mereka selewat-lewatnya Rabu ini.

    Kementerian juga menjangkakan kes terbaharu itu tidak akan memberi kesan besar kepada bekalan telur domestik, namun pihaknya akan terus memantau keadaan.

    Sejak Oktober lalu, sekitar 1.8 peratus daripada 77.6 juta ayam di ladang ternakan seluruh negara ditakai bagi mengekang penularan wabak selesema burung. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda