Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Berikutan dengan situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, empat pusat kesihatan akan dijadikan sebagai designated flu clinic, iaitu klinik khusus bagi menangani kes-kes flu mulai esok.
Klinik-klinik tersebut ialah Pusat Kesihatan Berakas, Pusat Kesihatan Pengkalan Batu, Pusat Kesihatan Seria dan Pusat Kesihatan PAPHMWHB, Gadong.
Sehubungan itu, Kementerian Kesi-hatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan memaklumkan orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan bagi gejala berkaitan dengan batuk selesema bolehlah mendapatkan perkhidmatan di pusat-pusat kesihatan berkenaan.
Sementara itu waktu operasi serta kawasan tadahan yang diliputi bagi klinik-klinik khusus tersebut adalah seperti berikut.
Bagi Pusat Kesihatan Berakas, hari beroperasi ialah pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu (kecuali hari kelepasan awam), bermula jam 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4:30 petang, dan kawasan tadahan yang diliputi ialah Pusat Kesihatan Berakas dan Pusat Kesihatan Muara.
Pusat Kesihatan Berakas juga beroperasi pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu (kecuali hari kelepasan awam), bermula jam 6 petang hingga 9 malam yang terbuka kepada semua; dan setiap hari Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam pada jam 2 petang hingga 9 malam yang juga terbuka kepada semua.
Bagi Pusat Kesihatan Pengkalan Batu, hari beroperasi ialah pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu (kecuali hari kelepasan awam), bermula jam 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4:30 petang, dan kawasan tadahan yang diliputi ialah Pusat Kesihatan Pengkalan Batu, Pusat Kesihatan PAPHRSB Sungai Asam, Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong, dan Pusat Kesihatan Jubli Emas Bunut.
Bagi Pusat Kesihatan PAPHMWHB, Gadong, hari beroperasi ialah pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu (kecuali hari kelepasan awam), bermula jam 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4:30 petang.
Bagi Pusat Kesihatan Seria pula, hari beroperasi ialah pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu (kecuali hari kelepasan awam), bermula jam 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4:30 petang, dan kawasan tadahan yang diliputi ialah Daerah Belait.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi Talian Darussalam 123 pada bila-bila masa.