Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat lagi dilaporkan dijangkiti selesema burung di AS

    LOS ANGELES, AMERIKA SYARIKAT, 16 JULAI – Pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) kelmarin melaporkan empat kes baharu selesema burung dalam kalangan manusia, menjadikan jumlah keseluruhan kepada lapan.

    Mereka yang dijangkiti adalah pekerja ladang, semuanya bekerja di kemudahan ternakan yang sama, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

    Kes-kes berkenaan muncul di tengah-tengah wabak virus yang membimbangkan dalam kalangan lembu, yang juga telah membawa kepada jangkitan manusia.

    Kes kelima juga disyaki tetapi masih perlu dianalisis untuk disahkan.

    Risiko untuk penduduk Amerika masih ‘rendah’ kata CDC. Pekerja-pekerja yang dijangkiti dilaporkan mengalami konjunk-tivitis dan ‘gejala seperti selesema.’

    Wabak selesema burung dikesan pada musim bunga di AS, dengan kelainan yang luar biasa: penyakit itu, yang pertama kali menyerang ayam dan burung, kini ditemui pada lembu.

    Jangkitan manusia pertama melalui lembu diumumkan pada 1 April, di negeri Texas. – AFP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda