Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat mara ke pusingan 16 terakhir

    KUALA LUMPUR, 20 NOV – Skuad boling Malaysia mencipta sensasi selepas empat wakil lelaki mara ke pusingan 16 terakhir acara individu Kejohanan Boling Piala Dunia IBF 2022 di Australia, kelmarin.

    Dalam kejohanan yang berlangsung di Queensland, Tun Hakim Tun Hasnul Azam, Timmy Tan, Muhammad Rafiq Ismail dan Mohd Syafiq Ridhwan Abdul Malek, masing-masing menewaskan pencabar mereka sekali gus mencerahkan peluang mara ke peringkat kedua.

    Tun Hakim terlebih dahulu mencipta kemenangan apabila menundukkan lawannya Mahmood Ahmed Al-Attar dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan keputusan 2-1.

    Timmy kemudian tidak berdepan masalah mengikut jejak langkah tersebut apabila mencatatkan keputusan 2-0 ke atas Jaroslav Lorenc dari Republik Czech.

    Kemaraan itu kemudian diteruskan bekas juara dunia 2018, Muhammad Rafiq yang menewaskan Israel Hernandez dari Puerto Rico, 2-0.

    Juara Piala Dunia 2012, Mohd Syafiq Ridhwan bagaimanapun diberikan tentangan sengit, tewas di perlawanan pertama sebelum bangkit mencatatkan kemenangan pada perlawanan kedua dan ketiga ke atas Jordan Dinham dari Filipina, untuk mara ke peringkat seterusnya. – Bernama

    Tun Hakim Tun Hasnul Azam, Timmy Tan, Muhammad Rafiq Ismail dan Mohd Syafiq Ridhwan Abdul Malek, masing-masing menewaskan pencabar mereka sekali gus mencerahkan peluang mara ke peringkat kedua. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda