Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat mati lemas gara gara swafoto

    NEW DELHI, 8 OKT – Empat sekeluarga termasuk seorang pengantin baharu maut akibat lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika berswafoto di dalam sungai di selatan India, kata polis semalam.

    Polis berkata, kejadian berlaku apabila enam sekeluarga saling berpegang tangan dan berdiri di dalam sungai pada paras pinggang untuk berswafoto.

    Bagaimanapun, seorang daripada mereka tergelincir akibat arus yang deras dan terus menarik mangsa yang lain.

    Suami wanita itu berjaya menyelamatkan seorang mangsa tetapi yang lain termasuk isterinya yang baru dikahwini dan remaja lelaki 14 tahun lemas.

    Mayat semua mangsa yang lemas ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian oleh pasukan penyelamat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda