MOSCOW, 26 Dis – Pihak berkuasa Rusia mengatakan sebuah bas telah merempuh satu laluan yang menghubungkan laluan bawah tanah di Moscow, mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan 13 orang yang lain.
Polis Moscow mengatakan penumpang dan pejalan kaki merupakan mangsa yang terbunuh semasa kejadian itu.
Pihak polis segera menolak kemungkinan terhadap serangan dengan mengatakan mereka mengesyaki telah berlaku kerosakan mekanikal atau pemandu hilang kawalan terhadap kenderaan berkenaan. Polis sedang menjalankan siasatan terhadap pemandu berkenaan.
Gambar menunjukkan keadaan bas berada di atas tangga yang menghubungkan laluan bawah tanah.
Agensi berita Rusia melaporkan dari tapak kejadian dengan memetik Datuk Bandar Moscow Sergei Sobyanin sebagai berkata dia telah mengarahkan kesemua bas di seluruh bandar untuk diperiksa selepas kejadian berkenaan. – AP
