Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat maut, 51 hilang kapal karam di Tunisia

    TUNISIA, 7 OGOS – Empat pendatang maut dalam nahas kapal karam di luar pantai Tunisia dan puluhan lagi hilang, kata seorang pegawai kehakiman hari ini ketika negara itu mencatat lonjakan kes pelayaran menuju ke Eropah.

    Negara Afrika Utara itu telah menjadi pintu masuk utama bagi pendatang haram dan pencari suaka terutamanya dari kawasan lain di benua itu, sanggup menempuh perjalanan berbahaya dengan menggunakan bot yang usang dengan harapan menjalani kehidupan baharu yang lebih baik.

    Mangsa terselamat dalam kejadian terbaharu kapal yang dilaporkan karam, berhampiran Kepulauan Kerkennah Tunisia di Laut Mediterranean, berkata bot sementara itu telah berlepas pada hujung minggu dari pantai di utara bandar pesisir Sfax dengan 57 pendatang di dalamnya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda