Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Empat maut, 80 terperangkap dalam bangunan runtuh

    TEHRAN, 23 MEI – Kira-kira empat orang terkorban manakala 80 lagi terperangkap di bawah runtuhan apabila bangunan belum siap dibina runtuh di barat daya Iran, kata pegawai.

    “Sebahagian daripada bangunan Metropol 10 tingkat yang terletak di Abadan, bandar wilayah Khuzestan, runtuh,” kata penyiaran kerajaan, memetik yang premis itu masih di bawah pembinaan.

    Jumlah awal mengesahkan kira-kira ‘empat orang telah kehilangan nyawa mereka manakala 21 lagi cedera,” kata Mojtaba Khaledi, jurucakap bagi perkhidmatan penyelamatan kebangsaan, dipetik sebagai berkata.

    Kira-kira 80 lagi terperangkap di bawah runtuhan dengan anjing penyelamat digunakan untuk membantu mengesan mangsa, menurut Bulan Sabit Merah cawangan serantau.

    Bangunan itu terletak di jalan sibuk Abadan yang menempatkan banyak bangunan-bangunan ‘komersial, perubatan dan pejabat’, menurut televisyen kerajaan. Punca runtuhan masih dalam siasatan. – AFP

    Warga Iran berkumpul di tapak bangunan runtuh di bandar Abadan pada 23 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...