NEW DELHI, 3 APRIL – Tiga orang kanak-kanak sekolah berusia antara 12 dan 14 tahun dan seorang lagi meninggal dunia ketika sebuah bas yang mereka naiki terbalik di negeri Uttar Pradesh di utara India kelmarin, seorang polis tempatan memberitahu Xinhua melalui telefon.
Tiga lagi cedera. Antara yang terkorban ialah pembersih bas.
Kemalangan itu berlaku di kawasan Barabanki, berhampiran bandar Lucknow. Kanak-kanak sekolah sedang dalam perjalanan pulang dari berkelah selepas melawat taman zoologi di Lucknow.
“Terdapat kira-kira 40 orang pelajar sekolah dan enam guru di dalam bas,” kata polis kanan, Jagat Ram. – Xinhua


