Tuesday, February 11, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat maut akibat salji lebat di Jepun

    TOKYO, 10 FEB – Empat orang maut di Jepun akibat salji lebat dalam tempoh tiga hari lepas, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    Salji lebat melanda bahagian utara, timur laut dan barat laut Jepun sejak awal minggu lepas. Ketika ini, keadaan dilaporkan semakin reda, namun timbunan salji masih menimbulkan ancaman, menurut laporan media tempatan hari ini.

    Menurut media Jepun, empat warga emas maut akibat salji di wilayah Nagano, Niigata, Fukushima dan Fukui kelmarin dan hari ini. Dua daripada mereka dipercayai ditimpa salji yang terkumpul di bumbung rumah masing-masing, manakala seorang lagi dilaporkan terjatuh ke dalam sungai ketika menyodok salji.

    Sementara itu, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshimasa Hayashi berkata hari ini, satu runtuhan salji berlaku di wilayah Fukushima, di kawasan pusat peranginan mata air panas Tsuchiyu Onsen. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, namun laluan terputus, menyebabkan kira-kira 160 tetamu dan kakitangan terkandas, menurut pihak berkuasa.

    Kyodo News melaporkan kemudian bahawa satu lagi runtuhan salji menghalang jalan itu sekali lagi – kurang satu setengah jam selepas ia dibersihkan. – Bernama

    Jentera berat digunakan untuk membersihkan jalan ketika salji turun merentasi utara Jepun, di bandar Obihiro, wilayah Hokkaido pada 4 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda