Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Empat maut bot terbalik

    ROM, 29 MEI – Empat orang maut apabila bot yang membawa pelancong terbalik di Tasik Maggiore dalam angin kencang, kata pasukan bomba Itali hari ini.

    Bot itu terbalik kelmarin di luar Lisanza, hujung selatan tasik di utara Itali, selepas cuaca tiba-tiba bertukar ribut.

    “Empat mayat telah ditemui,” kata jurucakap bomba Luca Cari kepada AFP.

    Presiden rantau Lombardy, Attilio Fontana, berkata kelmarin ‘angin puting beliung’ telah menyebabkan bot sepanjang 16 meter itu terbalik.

    Kira-kira 20 mangsa diselamatkan dengan menaiki bot atau berenang ke pantai, kata media Itali. Bot itu telah membawa pelancong asing dan warga Itali, dan ia karam dengan cepat, hingga mengorbankan salah seorang mangsa, menurut laporan. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...