Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat maut dalam kemalangan di Vietnam

    HANOI, 16 JULAI – Empat orang maut dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di ibu negara Vietnam, Hanoi pada tengah hari tadi (waktu tempatan), lapor media tempatan.

    Kira-kira pukul 12 tengah hari, sebuah lori pengangkut batu kerikil melanggar bahagian kanan sebuah lori mini 1.5 tan di daerah pinggir bandar Hoai Duc, menurut laporan VnExpress.

    Perlanggaran kuat itu menyebabkan lori mini hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan, lalu bertembung dengan sebuah motosikal yang membawa seorang dewasa dan tiga kanak-kanak.

    Keempat-empat penumpang motosikal tersebut meninggal dunia di tempat kejadian. Pihak berkuasa tempatan kini menjalankan siasatan lanjut mengenai kemalangan tersebut.

    Menurut Jawatankuasa Keselamatan Lalu Lintas Nasional, Vietnam mencatatkan 12,350 kemalangan jalan raya yang mengorbankan 5,343 orang dan mencederakan 9,552 orang dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. – Xinhua

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda