CHANGSHA, 26 Feb – Empat orang terbunuh dalam serangan pisau di wilayah China tengah Hunan, kata pihak berkuasa tempatan kelmarin.
Serangan itu berlaku pada 3 petang Sabtu lalu di Bandar Zixing. Suspek, yang dikenal pasti dengan nama keluarga Yuan, 53, menikam tiga orang hingga mati di rumahnya dan mencederakan seorang lagi di depan rumahnya. Mangsa keempat meninggal dunia di hospital.
Suspek itu dibawa ke tahanan polis dan disoal siasat.
Penyiasatan lanjut ke atas serangan terus berlanjutan. – Xinhua